1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M
(dikenali sebagai tahun gajah , sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Mekah)
3. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
4. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
6. Ibu susu pertama: Thuwaibah Al-Aslamiyah (hamba perempuan Abu Lahab)
7. Ibu susu kedua: Halimah binti As-Sa’diah ( daripada Bani Sa'ad )
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
KELAHIRAN BAYI
➬ Peristiwa luar biasa (irhas), yang berlaku ketika dilahirkan:
➤ 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur
➤ Api sembahan orang Majusi terpadam
➤ Gereja-geraja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
➬ Apabila datuknya Abdul Mutalib mengetahui kelahiran cucunya, dia terus ke Ka'abah lalu berdoa dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD , nama yang cukup asing bagi masyarakat arab.
➬ Orang pertama yang menyusukan nabi selepas ibunya ialah Thuwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab.
SEJARAH RINGKAS RASULULLAH S.A.W:
KELAHIRAN BAYI
➬ Peristiwa luar biasa (irhas), yang berlaku ketika dilahirkan:
➤ 14 lengkungan gerbang Istana Kisra gugur
➤ Api sembahan orang Majusi terpadam
➤ Gereja-geraja di sekitar Bahirah Sawah telah runtuh
➬ Apabila datuknya Abdul Mutalib mengetahui kelahiran cucunya, dia terus ke Ka'abah lalu berdoa dan bersyukur. Lantas diberi nama MUHAMMAD , nama yang cukup asing bagi masyarakat arab.
➬ Orang pertama yang menyusukan nabi selepas ibunya ialah Thuwaibah iaitu hamba kepada Abu Lahab.
USIA 4 TAHUN
➱ Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mensucikan hatinya dan melapangkan dadanya dengan air zamzam.
➬
➬
USIA 6 TAHUN
➱ Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
➱ Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
➱ Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
➱Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
➱Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
➱ Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
➱ Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
➱ Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
➱ Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
➱ Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
➱ Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
➱ Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
USIA 35 TAHUN
➱ Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
➱ Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
➱ Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
➱ Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
➱ Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
➱ Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
➱ Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
0 ulasan:
Catat Ulasan